Wednesday 17 April 2013

SEJARAH AWAL SMK KUNDASANG



       SMK Kundasang telah dimulakan pembinaannya pada 24 April 1984 dan siap pada 24 Disember 1985 dengan kos RM10 juta. Kontraktor yang melaksanakan pembinaan ini ialah Lee Construction. Mula digunakan untuk persekolahan yang pertama pada 6 Januari 1986 (Isnin) dengan bilangan murid seramai 60 orang dan bilangan guru seramai 6 orang. Hanya 2 kelas tingkatan satu dan 1 kelas tingkatan dua dibuka.
   Idea penubuhan adalah atas permintaan dan permuafakatan orang Kundasang sendiri dan pengasas utama pembinaan sekolah ialah YB. Datuk Mynoor Ginggor yang merupakan wakil rakyat N13 Kundasang pada masa itu Permohonan projek pembinaan SMK Kundasang telah dihantar sendiri oleh YB. Datuk Mynoor Ginggor, Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah pada masa itu kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.
   Pada 1982 Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Harris Mohd. Salleh, Ketua Menteri Sabah dan YB. Datuk Mynoor Ginggor telah memeriksa tapak SMK Kundasang dengan menaiki helicopter
dan Selepas pemeriksaan maka tapak diluluskan serta merta. SMK Kundasang adalah sekolah menengah yang ketiga dibina di Ranau selepas SMK Paduka Mat Salleh Ranau dan SMK Bundu Tuhan.

STAFF TERAWAL

  1. En. Suhaibul Suriman (Pengetua : 1986-1992)
  2. En. Sulaiman Duhiman (Pen. Kanan Pengetua : 1983-1993)
  3. En. Mohd Dzin Mokhtar
  4. En. Haimin Dusilin
  5. En. Esa Ahmad
  6. Pn. Azmidah Yamin
  7. Cik Kamaidah Maslin
  8. En. Sabri Amat
SUMBER: SMK KUNDASANG

No comments:

Post a Comment