Saturday 29 December 2012

RENUNGAN: Harga diri dan iman...




 
   Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
.

PITCURES OF PESTA KOBIS KUNDASANG 2012











Tuesday 18 December 2012

Pemberian bantuan telefon pintar di kundasang..

  Keperihatinan kerajaan terhadap perlunya segenap rakyat di sabah mendapat maklumat
terkini melalui Internet, oleh itu bagi mengatasi masalah golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli
komputer ataupun liptop maka pemberian telefon pintar SAMSUNG S3850 adalah sangat tepat
kerana telefon bimbit berkenaan dapat melayari internet melalui jalur lebar(wifi) dengan kadar yang agak murah............




Wednesday 22 February 2012

Tanah runtuh jalan telupind-ranau

   Kejadian tanah runtuh jalan ranau ke telupid menyebabkan banyak kenderaan dari ranau ke telupid dan sebaliknya telah terkendas dan terpaksa mencari jalan altenitif lain.di anggarkan tanah tersebut mendap sedalam 6.5 meter dengan lebar 7.5 meter dan panjang 10 meter, kejadian tanah runtuh tersebut berlakusekitar jam 9 hingga 11 malam di kawasan kampung Kinaratuan.
   Beberapa penduduk disekitar atau pemandu yang tahu silok belok jalan di kawasan tersebut menyatakan 
memang terdapat jalan alternetif lain yang bolah di gunakan iaitu jalan batu 6 dan tembus ke kampung muruk,
namun jalan tersebut hanya sesuai bagi pacuan 4 roda kerana jalan yang agak becak dan berlubang.



Monday 20 February 2012

Berita kundasang: Pelancaran penerima BR1M

  Penduduk kundasang yang telah tersenarai sebagai penerima Br1m peringkat pertama
awal-awal lg telah berkumpul di perkarangan dewan kundasang pada 7.2.2011 untuk menerima terus
tersebut dari petugas (CIMB BANK).
   Beberapa penduduk yang telah mendapat bantuan tersebut amat berterima kasih dengan keperihatinan
kerajaan membantu penduduk meringankan bebenan berikutan kenaikan kos sara hidup sekarang. 

kanibal pemakan daging wanita di cina

PERHATIAN:BUKAN UNTUK YANG LEMAH SEMENGAT
 
  masih wujud sebuah masyarakat kanibal pemakan daging wanita di cina. desa terpencil di negara china ini setiap tahun menjelang imlek mereka akan melakukan pesta pemotongan daging secara besar-besaran.



 bagi mereka daging merupakan makanan mewah yg susah dijangkau.setiap lelaki di kampung tersebut hanya berkahwin dengan gadis yang hanya berasal dari kampung tersebut kerana gadis yang berasal luar dari kampung tersebut hanya layak untuk hidangan menjelang pesta imlek...

Saturday 4 February 2012

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dinobatkan Penyanyi Solo Wanita Terbaik Intuned Music Awards 2011

KUALA LUMPUR, 30 JANUARI 2012: Dalam pada peminat juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip meraikan kegembiraan atas kemenangan penyanyi berambut kerinting itu menerusi Anugerah Juara lagu ke-26, malam tadi, peminat tegar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin turut sama melonjak riang apabila penyanyi itu dinobatkan sebagai Penyanyi Solo Wanita Terbaik dalam Intuned Music Awards 2011.


Risiko sakit jantung di kalangan lelaki pendek

  lelaki yang mempunyai ketinggian 1.8 meter atau lebih, didapati 24 peratus kurang cederung menghidapi masalah jantung berbanding lelaki yang mempunyai ketinggian 1.72 meter atau kurang daripadanya.
Keputusan itu diperoleh selepas mengambil kira beberapa kriteria lain seperti umur, berat badan dan tekanan darah tinggi.
  Kumpulan penyelidik itu berpendapat, antara punca risiko sakit jantung di kalangan lelaki pendek disebabkan oleh penyakit zaman kanak-kanak yang membantutkan pertumbuhan mereka.
Oleh itu, ia boleh membawa kepada pengumpulan plak di arteri dan menyebabkan tekanan darah tinggi ketika dewasa.
  Penyelidik itu turut berpendapat bahawa biologi lelaki yang lebih tinggi juga menyebabkan mereka kurang menghidapi masalah jantung. – AGENSI

lelaki tinggi kurang berisiko menghidapi masalah jantung

   Lelaki tinggi sebelum ini lebih mudah mencari jodoh dan lebih berjaya, namun satu kajian yang disiarkan di America Journal of Cardiology mendedahkan, lelaki tinggi juga kurang berisiko menghidapi masalah jantung.
Menurut satu kajian oleh penyelidik Universiti Harvard, lelaki yang mempunyai ketinggian lebih 1.8 meter adalah 24 peratus kurang berisiko menghidapi masalah jantung berbanding lelaki pendek.

Sunday 22 January 2012

lawak baru buka sekolah...

  Seorang guru baru yang begitu bersemangat untuk memulakan pembelajaran awal tahun...

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 1 dan merasa agak pelik semasa 

membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu baru : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu baru : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu, panjang sangat..”.

Cikgu baru : enda apa Taufik,cakap ja..

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu baru  menarik nafas panjang dan terdiam.

Lepas tu dia menyemak nama murid-murid yang lain.

Mata Cikgu baru terpandang pada 1 lagi nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu baru menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.. 


Cikgu baru : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”



Tidak lama lepas tu seorang murid bertanya kepada cikgu baru. 


murid : boleh tau betul ke nama cikgu, ada lah cikgu baru?..


cikgu baru : betul la tapi tu nama pendek nama panjang cikgu ada lah.............................


cikgu baru..din tau...


  Pengatua yang dari tadi melihat prastasi guru yang baru mengejar disekolahnya berkata tak silap saya memilih kelas untuk kau...

 


Artis Iran golshifteh farahani berbogel..

farahani bertudung..
   Seorang artis perampuan Iran golshifteh farahani sanggup berbogel untuk terbitan sebuah majalah di francis dan bertegas menyatakan perbuatannya itu bukanlah kerana wang tetapi sebagai tanda protes pada ketidak bebasan di negara kelahiran Iran.. aksi beraninya itu dilakukan setelah dia berpindah ke francis semanjak setahun yang lalu.pada mulanya persatuan artis iran menggap gambar bogel tersebut satu perbuatan propaganda barat tetapi farahani sendiri mengakui gambar tersebut adalah dirinya setelah dia sendiri memasukkan gambar tersebut ke laman Facebooknya...