Thursday 26 December 2013

KELEBIHAN AYAT RUQYAH

Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud:


"Jin itu ada tiga jenis iaitu; Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat di dalam Al Quran. Wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupon sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya. Maksud ringkasnya ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, di bawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. "


Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat Ruqyah. Ayat Ruqyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Maksud ruqyah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas disebabkan sengatan binatang, dan mcm2 lagi”

Keistimewaan Ayat Ini :-

Simptom yang akan didapati selepas mendengar :-

1. Denyutan jantung makin kencang

2. Badan bergegar

3. Ada benda bergerak-gerak bawah kulit

4) Mengantuk/menguap

5) Batuk

6) Gelisah

7) Panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, insyaAllah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah. Jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita. Ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar ayat ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan mendegar ayat ini, insyaAllah mampu menyembuhkan penyakit-penyakit misteri antaranya :-

- Fikiran runsing/jiwa gelisah

- Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka

- Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan

- Ketengangan dalam rumahtangga

- Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam

- Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa

- Anak-anak mudah mendengar kata orang tua

- Menguatkan hafalan dan pembelajaran

- Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran

- Membersihkan aura diri dan menyahkan energy-energy negatif dari badan


Cara Menggunakan ayat Ini :

RUQYAH ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita. Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayat 1).

Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa. Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar. InsyaAllah

  

 
PELAKSANAAN TERAPI

1. Download File yang berisi audio RUQYAH
2. Sesudah mendownload lalu instal MP3 di HP atau VCD. jika didalam HP kenakan headset dan jika di VCD Player dekatkan speaker di tubuh kita.

3. Berbaringlah secara nyaman, kepala dialasi bantal dengan tubuh terlentang (tangan dan kaki luruskan) bacalah TA'AWUDZ dan doa:
حَسْبُنَااللهُ وَنِعْمَ الْوَ كِيْلُ،نِعْمَ الْمَوُلَىوَنِعْمَ النَّصِيْرُ
“Cukuplah Allah bagi kami dan dia sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik pelindung, sebaik penolong.”

4. Lemaskan seluruh tubuh, tariklah nafas dalam-dalam lalu lepaskan pelan-pelan beberapa kali sampai merasa tenang dan rileks, lalu putarkan audio ruqyah MP3, dengarkan selama 15-30 menit.
5. Dengarkan dengan khusyuk dan waspadai jika ada reaksi/sensasi pada tubuh kita

Tuesday 24 December 2013

Jogathon Mesilou 2013 (Open)

   jogathon terbuka masilou yang pertama kali di anjurkan ini telah menarik banyak penyertaan sama ada dari penduduk masilou sendiri dan dari luar.penganjuran adalah bertujuan memupuk semangat  penduduk untuk bersukan dan memperomosi kampung masilou sebagai pusat pelancongan di kundasang.....








foto by:WANANIANJUMAIDI

SABAH OPEN 4WD FOUR DOORS CHALLENGE


SABAH OPEN 4WD FOUR DOORS CHALLENGE
Tarikh : 28 dan 29 Disember 2013
Tempat : Track 4WD Pekan Kundasang, Ranau
Pendaftaran : 8.00 pagi, 28 Disember 2013.
Tambah kapsyen

Wednesday 23 October 2013

PESTA KOBIS 2013



Penerima Anugrah petani jaya 2013..
Rumah tradisi (sulap) yang di pertandingkan..




Sekitar pekan kundasang sempena pesta kobis..




Pertunjukan muiy thai..



Peserta sabah idol..

Tuesday 22 October 2013

AWAS..! kopun hadiah sabun Daia..

  Setelah helah penipu sebelum  ini telah berjaya di kesan maka para penjenaya ini telah mengubah cara dan strategi mereka tapi masih dengan cara yang sama iaitu kemenangan hadiah belasan ribu ringgit mala hingga rm50 ribu...
Sabun DAIA tempat kopun dimasukkan


Kopun bernilai rm25


  Seorang suri rumah norfazila yang berasal dari kg.kinandusan telah membeli serbuk sabun DAIA berharga rm4.50 dan sebaik di buka kopun bernilai rm25 ribu keluar.suri rumah telah menghubungi nombor seperti yang tertulis pada kopun.lelaki tersebut seterusnya menyuruhnya ke mesin ATM kononnya utk pemindahan wang ke akaun pemenang tapi pejenaya tersebut telah meminta no.siri pada kad ATM dan memasukkan wang sebanyak rm1000 dalam simpanan pemenang sebagai syarat untuk mendapatkan kemenangan tersebut.
  Sebaik menyedari ada sesuatu yang tidak kena suri rumah tersebut telah menyekat kad tetrsebut dan seterusnya laporan polis telah dibuat...
  Kepada semua yang sering mengikuti perkembangan kes penipuan seperti ini adalah di ingatkan supaya berhati-hati dengan tektik penjenayah yang semakin pintar untuk mengambil peluang pada mangsa yang tidak sedar sebenarnya mereka telah ditipu....
 

Thursday 25 July 2013

IMAM MUDA GAZA KE MASJID JAMIK KUNDASANG

   Penduduk kundasang sangat bertuah kerana telah di pilih menjadi tempat persingahan bagi kawasan Ranau oleh imam muda dari Gaza palestine untuk mengimamkan sembayang tarawih dan seterusnya mengutip sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat palestine akibat kekejaman laknattuallah tentara zionis yahudi di bumi palestine........................

  imam muda tersebut adalah seorang polis berpangkat sarjan,menurut pegawai yang bertanggungjawab membawa beliou, sebenarnya imam muda yang berusia 29 tahun ini agak keberatan meninggalkan tanah airnya yang sedang bergolak ditambah lagi beliou mempunyai seorang isteri serta 4 orang anak yang ditinggalkan..          
   Lawatan yang dilakukan adalan innesiatif atau hasil usaha sendiri yang dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang perihatin dengan penderitaan yang di hadapi oleh rakyat palestine,selain dari itu
tujuan lawatan ini ada untuk penduduk palestine itu menerangnya sendiri penderitaan yang dihadapi dan kezaliman serta tujuan sebenar zionis di sana yang sememangnya berkeinginan melenyapkan semua rakyat bumi palestine kerana ingin merampas negara tersebut...

Kemalangan di jambatan Liwagu

    Sebuah kereta Hailax yang dipandu oleh seorang wanita bersama enam penumpang termasuk budak berusia dalam lingkungan 3 tahun telah mengalami kemalangan yang agak teruk dan hampir bertembung dengan sebuah lagi kereta dari jenis yang sama kepunyaan penduduk tempatan dari arah bertentangan.
    Menurut saksi yang menyaksikan kejadian tersebut kereta yang di pandu oleh wanita tersebut dari kampung cinta mata menuju ke pekan,4 dari penumpeng tersebut duduk di bahagian belakang manakala 3 lagi di depan.
   Kemalangan tersebut berlaku mungkin disebabkan break tidak berfungsi ketika menuruni jalan bukit yang sememangnya agak curam dan memang sering kali berlakunya kemalangan di kawasan tersebut,kesemua penumpang dibahagian belakang tercampak hingga ke bawa jambatan manakala penumpang depan dan pemandu tersepit pada panghadang tiang pada jambatan tersebut tapi dikhabarkan anak kepada pemandu wanita tersebut mengalami kecedraan yang agak parah dan maut di tempat kejadian...
   Di nasihatkan kepada semua pemandu yang baru ataupun pelancong berhati-hati atau perlahankan kenderaan anda ketika melalui seliko yang agak tajam di kawasan ini...





Wednesday 17 July 2013

Suasana Banzar Ramadan 2013


Suasana awal Banzar ramadan pada tahun ini tidaklah semeriah seperti tahun yang lepas, ini mungkin di sebabkan hujan berserta angin yang kuat menyebabkan kebanyakan pelanggan yang sering ke banzar untuk membeli juadah berbuka puasa tidak sanggup ke banzar tersebut..............







Tanah runtuh di masilou..........

   Pada 15/07/2013 satu peristiwa yang amat mengejutkan di kampung masilou iaitu kejadian tanah runtuh yang berlaku dijalan yang menghubungkan kampung masilou dengan Pusat Dakwa Islam dan jabatan pertanian di tanah merah....
   Jalan tersebut memang kerap kali sehaja runtuh kerana struktur tanah dikawasan tersebut memang lembut dan sering kali berlaku pergerakan tanah jika hujan lebat ataupun hujan yang berterusan namun apa yang menyedihkan kali ini runtuhan tersebut telah melibatkan seorang mangsa iaitu warga emas yang berusia 70an yang juga merupakan penduduk kampung tersebut.
  menurut anaknya sebaik sehaja runtuhan tersebut berlaku pada sekitar jam10 pagi akibat dari hujan yang kuat pada sebelumnya mereka telah pergi melihat ke tempat kejadian tersebut tampa menyesaki apa2 yang berlaku kepada ibu mereka sehinggalah penamuan selipar yang hanya tinggal sebelah berdekat dengan  runtuhan dimana tempat tersebut juga ibunya sering memetik pucuk timun jepun untuk jualan ataupun untuk makanan sendiri...
  setelah menyedari ibu mereka tidak menyahut panggilan dari anaknya dan tidak dipulang sejurus kejadian tersebut serta mengesaki ibunya mungkin telah tertimbus, laporan polis segara dilakukan dan serantak dengan itu anggota bomba dan ambualance bergegas ke tempat kejadian....





Kerja mencari dan menyelamat  bertarusan yang di lakukan oleh pasukan bomba dengan dibantu oleh rela serta maklumat yang diberikan oleh seorang saksi yang menyatakan beliou sempat menyaksikan kejadian tersebut dari kebunnya dimana tempat warga emas tersebut tertimbus namun dia tidak menbuat apa2 kerana berada jauh dari tempat kejadian serta jalan yang menghubungi tempatnya ke masilou juga menyebabkan maklumat tersebut lambat untuk di sampaikan........................


Saturday 13 July 2013

PENGGAMBARAN FILEM SINDIKET DI KUNDASANG



     Diinspirasikan daripada filem Red Redemption, Sindiket mengetengahkan isu kegiatan pemerdagangan manusia di Malaysia. Filem yang menelan belanja RM3 juta ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci. Selain itu ia turut melibatkan tiga pelakon Indonesia iaitu Hardy Hartono dan Danny Agus selain Wangi Julianda daripada kumpulan The Fabulous Cats.
   Berbaki tinggal 6 hari lagi untuk menghabiskan shoting bagi filem SINDIKET ini pusat pelancongan yang begitu terkenal di sabah iaitu KUNDASANG menjadi tempat penggambaran terakhir bagi filem sindiket yang dijangka akan di tayangkan di pawagam seluruh malaysia dan brunai tahuh hadapan.........
Bade memberi arahan kepada pelakon


Antara Tempat penginapan  kru dan pelakon SINDIKET

Kru sedang menyelanggarakan peralatan penggambaran