Wednesday 19 October 2011

Berita kundasang:Pesta Kobis 2011

   Setiap tahun kundasang akan menganjurkan pesta kubis bagi menggalakkan pelancongan di dearah ini,ianya termasuk dalam kelendar pelancongan negeri sabah.
   Nama pesta kobis diambil sempena nama sayur yang kebanyakannya ditanam oleh pekebun-pekebun di kundasang..............
   Kepada sesiapa yang ingin cuti-cuti malaysia pada waktu tersebut silalah berkunjung ke kundasang kerana banyak acara yang menarik telah di sediakan khas untuk menyembut pengunjung ke pesta kubis...
 

ATURCARA:


21 OKTOBER 2011 (JUMAAT)
8.00 am : Sukan Rakyat
10.00 am : Raptai Perasmian
... 2.00 pm : Perasmian Acara Sepakat Bestari oleh Y.B. Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
7.30 pm : Pentarama oleh RTM (Jabatan Penerangan)

22 OKTOBER 2011 (SABTU)

8.00 am : Luncur Udara
Pertandingan sayur-sayuran tanah tinggi, Pameran Jabatan/Agensi Kerajaan, Pertandingan Pondok Tani JKKK/KK

Persembahan Orkestra Bambu, Kebudayaan dan artis-artis jemputan (Abu Bakar Ellah)

11.00 am : Acara Perasmian Pesta Kubis Sabah 2011

2.00 pm : Majlis Perasmian Input Pertanian (PPK Kinabalu/ACM) oleh Y.B. Dr. Joachim Gunsalam, ADUN N. 29 Kundasang
Pertandingan Memasak Tajaan PETRONAS
Pertandingan 4x4 Cabaran Pesta Kubis 2011
Jualan murah kubis dan sayur-sayuran tanah tinggi

7.30 pm : Pertandingan Nyanyian JKKK/KK antara kampung Mukim Kundasang
Pertandingan Nyanyian Kilauan Emas antara wakil-wakil setiap kampung Mukim Kundasang
Pertandingan Bakat Kubis
Penyampaian hadiah

23 OKTOBER 2011 (AHAD)

8.00 am : Pertandingan 4x4 Cabaran Pesta Kubis 2011
Pertandingan Mewarna
Saringan Pertandingan Karaoke Bintang Kubis (Terbuka dan Kanak-Kanak)

7.30 pm : Pertandingan Akhir Karaoke Bintang Kubis Dewasa
Pertandingan Akhir Karaoke Bintang Kubis Kanak-Kanak
Persembahan artis-artis jemputan tempatan
Cabutan tiket bertuah
Penyampaian hadiah



Berita kundasang:perompak akhirnya tertangkap....

    Penduduk kundasang yang selama ini di landa keresahan kerana kegiatan mencuri yang terancang akhirnya menarik nafas lega dengan tertangkapnya sekumpulan pencuri yang selama ini bergiat aktif mencuri tampa mengira waktu terutama kedai runcit yang tidak memasang CCTV...
  Seorang penduduk kundasang En.Girim 50 menceritakan perompak tersebut telah ke kg.kauluan dengan menaiki proton saga dalam keadaan mencurigakan,melihat keadaan tersebut seorang penduduk cuba menahan namun kereta yang di pandu kumpulan perompak tersebut telah memecut untuk melarikan diri..
  penduduk kampung kauluan yang gagal mengejar telah menghubungi kawan2 yang berada di kundasang untuk menahan suspek tersebut.kumpulan perompak yang terdiri dari lima orang dalam proton tersebut telah cuba untuk memasuki simpang ke desa cettle akhirnya berjaya dikepung dan gagal melarikan diri sehinggalah ketibaan anggota polis untuk menahan kumpulan tersebut pada jam 10 pagi 17.11.2011............
Tempat tertangkapnya penjenayah tersebut
   Namun pegawai polis menasihatkan penduduk agar meneruskan rondaan atau jaga malam seperti biasa kerana mereka mengesaki masih ada kunpulan lain yang masih aktif dan belum tertangkap....
SUMBER:EN.HATIRIN

Monday 17 October 2011

Peringatan Kepada Yang Memakai Contact Lenses..........

Kerosakan akibat contect lenses
    Kepada Yang Memakai Kanta Sentuh (Contact Lenses)...
Anda Dilarang Berada Di Tempat Haba Yang Terlalu Panas. Contohnya:

Memakai Kanta Sentuh (Contact Lenses) Semasa Sedang Membakar BBQ, jika ada kebakaran rumah /hutan hindari sekiranya ingin tunggu untuk melihat pastikan buka kanta  tersebut  Dan Sebagainya.. Jika Anda Berdegil.. Anda Mungkin Akan Buta Buat Selamanya.. Ini Kerana Kanta (Contact Lenses) Sentuh Diperbuat Dari Plastik.

Durian Belanda atau Soursop penawar kanser

Durian Belanda


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi... sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipasarkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Saturday 15 October 2011

Mimik muka.........

Berita kundasang:zen garden ditutup.

 Zen gerdan merupakan tempat yang paling digemari oleh pelancong untuk menginap sewaktu berkunjung ke kundasang dan beberapa kali menerima anugarah sebagai Landskap tercantik. jadi tidak hairanlah jika tempat ini sering kali menjadi pilihan utama kepada para pelancong...
      Namun kini zaman kegemilangan resort tersebut akhirnya berakhir setelah tempat tersebut runtuh akibat dari ketidak perihatinan pemilik resort tersebut di mana hasil dari kajian yang dilakukan oleh pegawai dari jabatan kaji bumi,sistem perparitan hasil buangan dari resort tersebut tidak teratur dan saliran air paip buangan yang bertaburan tampa parit khas menyebabkan air memasuki celah rekahan tanah menyebabkan struktur dalam tanah menjadi terlalu lemah/basah dan akhirnya membentuk sebuah gua bawa tanah kerana terlalu banyak air bertakung di dalam..
      Menurut penduduk kampung di tempat tersebut sebenarnya kebimbangan mereka berkenaan perkara tersebut pernah diacukan kepada bos zen gerdan namun tidak di hiraukan dan apa yang dibimbangkan penduduk akhirnya terjadi tapi apa yang lebih menyedikan bencana tersebut turut melibatkan penduduk kampung apabila rumah mereka turut rosak teruk menakala jalan ke kg.kundusan dan ke mohimboyon terputus lebih 12 minggu.
       pada mulanya pihak penggurusan zen gerdan enggan menutup tempat tersebut kerana terlalu mengejar keuntungan walaupun jabatan kaji bumi mengistiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan tidak selamat namun setelan mendapat teguran sendiri dari menteri pelancongan sabah akhirnya Zen gerdan di tutup pada




    30.9.2011............