Wednesday 17 July 2013

Tanah runtuh di masilou..........

   Pada 15/07/2013 satu peristiwa yang amat mengejutkan di kampung masilou iaitu kejadian tanah runtuh yang berlaku dijalan yang menghubungkan kampung masilou dengan Pusat Dakwa Islam dan jabatan pertanian di tanah merah....
   Jalan tersebut memang kerap kali sehaja runtuh kerana struktur tanah dikawasan tersebut memang lembut dan sering kali berlaku pergerakan tanah jika hujan lebat ataupun hujan yang berterusan namun apa yang menyedihkan kali ini runtuhan tersebut telah melibatkan seorang mangsa iaitu warga emas yang berusia 70an yang juga merupakan penduduk kampung tersebut.
  menurut anaknya sebaik sehaja runtuhan tersebut berlaku pada sekitar jam10 pagi akibat dari hujan yang kuat pada sebelumnya mereka telah pergi melihat ke tempat kejadian tersebut tampa menyesaki apa2 yang berlaku kepada ibu mereka sehinggalah penamuan selipar yang hanya tinggal sebelah berdekat dengan  runtuhan dimana tempat tersebut juga ibunya sering memetik pucuk timun jepun untuk jualan ataupun untuk makanan sendiri...
  setelah menyedari ibu mereka tidak menyahut panggilan dari anaknya dan tidak dipulang sejurus kejadian tersebut serta mengesaki ibunya mungkin telah tertimbus, laporan polis segara dilakukan dan serantak dengan itu anggota bomba dan ambualance bergegas ke tempat kejadian....





Kerja mencari dan menyelamat  bertarusan yang di lakukan oleh pasukan bomba dengan dibantu oleh rela serta maklumat yang diberikan oleh seorang saksi yang menyatakan beliou sempat menyaksikan kejadian tersebut dari kebunnya dimana tempat warga emas tersebut tertimbus namun dia tidak menbuat apa2 kerana berada jauh dari tempat kejadian serta jalan yang menghubungi tempatnya ke masilou juga menyebabkan maklumat tersebut lambat untuk di sampaikan........................


3 comments:

  1. Subahanallah...Tragedi Ramadhan 2013.Al -Fatihah Berkali kali hingga hujung hayat ku BUAT Kepergian Nenek yg ku Hormati dan Sayng,Moga Arwah Di tempatkn golongan syuhadah dan soleh..begitu juga cucu Nya yg pergi dahulu pda hari nisfu Syaban.

    ReplyDelete