Saturday 4 February 2012

lelaki tinggi kurang berisiko menghidapi masalah jantung

   Lelaki tinggi sebelum ini lebih mudah mencari jodoh dan lebih berjaya, namun satu kajian yang disiarkan di America Journal of Cardiology mendedahkan, lelaki tinggi juga kurang berisiko menghidapi masalah jantung.
Menurut satu kajian oleh penyelidik Universiti Harvard, lelaki yang mempunyai ketinggian lebih 1.8 meter adalah 24 peratus kurang berisiko menghidapi masalah jantung berbanding lelaki pendek.
  Kajian itu dilakukan terhadap 22,000 doktor lelaki dalam lingkungan usia pertengahan 50-an dan kesihatan responden dipantau dalam tempoh 22 tahun.
Responden terlibat diminta mengisi borang soal selidik mengenai ketinggian, berat badan dan kesihatan am serta perlu mengemaskini maklumat itu setiap tahun.
Kajian tersebut mendapati, seramai 1,444 atau tujuh peratus daripada responden menghidapi masalah jantung.

No comments:

Post a Comment