Apakah yang harus dilakukan?
Muqaddimah :
Masjid adalah termasuk di dalam kumpulan harta wakaf yang ditentukan
untuk kegunaan kumpulan tertentu di dalam masyarakat. Ini bererti
masjid adalah kepunyaan atau milik semua umat Islam.
Definisi Wakaf :
Wakaf adalah menahan suatu harta yang boleh/sah digunakan dari
penguasaan pemilikan untuk tujuan menggunakannya di jalan yang
diharuskan oleh syarak.
Jenis Wakaf :
Oleh kerana wakaf harta untuk dijadikan tempat ibadat menyebabkan
harta-harta milik masjid tidak tentu pemiliknya. Sebarang urusan ke atas
harta wakaf masjid hendaklah didasarkan kepada kepentingan umum dan
maslahah mereka. Kecuali bagi harta wakaf yang sudah ditentukan
pemiliknya, seperti ia diletakan di bawah nama-nama tertentu.
Pendapat ulama berhubung dengan harta Wakaf :
1. Mazhab Hanafi berpendapat: Bahan-banah masjid ada sifat
masjidiinya ia masih kekal sebagai masjid sekalipun tidak diperlukan
lagi. Ia tidak boleh dipindah; samada ia dalam bentuk harga atau
barang. Ia tidak boleh dipindah kepada masjid yang lain. Manakala
Imam Abu Yusuf pula berpendapat : Barang-barang milik masjid berupa
hamparan dan almpu-lampu boleh dipindah ke masjid yang lain,
Mengikut pendapat sebahagian dari Mazhab Hanafi pula : Runtuhan
masjid yang tidak boleh sewakan lagi dan tidak boleh digunakan untuk
dibangunkan semula samada digunakan untuk membuat binaan atau lain-lain,
maka ia boleh dijualkan dengan perintah hakam.
(pemerintah/pihakberkuasa). Harga dari barang yang dijualkan itu
bolehlah dibeli harta wakaf yang lain menggantikan tempat wakaf yang
telah dijualkan itu.
Jika harganya tidak digunakan untuk membeli barang-barang tersebut,
maka ia bolehlah diserahkan kepada waris yang mewakafkan jika merekaj
masih ada. Tetapi jika tidak ada waris yang boleh menerimanya,
bolehlah dibahagikan kepada orang-orang fakir.
2. Mazhab Maliki berpendapat : Harta masjid tidak boleh dijualkan
berasaskan kepada ijmak ulama" demikian juga Mazhab Syafie berpendapat
sepertimana Mazhab Maliki : Bahawa harta masjid tidak dijual. Hanya
dalam keadaan perlu (mungkin terdesak) sahaja, harta tak alih (العقار)
milik masjid boleh dijual ; seperti keperluan untuk membesarkan atau
memperluaskan masjid.
3. Mazhab Hanbali pula berpendapat : Apabila sesebuah masjid tidak
diperlukan lagi atas sebab-sebab seperti ia digunakan lagi untuk ibadah
sembahyang atau kerana ia sangat sempit unutk pada Jumaat, manakala ia
tidak boleh diperbesarkan lagi, atau ianya telah berkecai serta tidak
boleh dibangunkan lagi, melainkan dengan cara dijual sebahagian dari
harta masjid tersebut. Untuk membangunkan bahagian yang baru pada
masjid tersebut jika bahagian-bahagian masjid itu tidak boleh digunaka
lagi, maka ia hendaklah dijual.
Apabila harta wakaf dijual, duitnya bolehlah dibeli sesuatu
mengikut kehendak waris yang mewakafkannya, samada ia digunakan untuk
membeli barang yang sejenis dengan harta yang dijual atau dibeli barang
yang lain darinya tetapi kegunaannya samada sepertimana harta yang telah
dijualkan itu, kerana harta wakaf tidak boleh diubah selagimana masih
boleh diambil faedah darinya.
Tukarganti harta masjid :
Dalam hal menukarganti harta masjid, Imam Ahmad dan lain berpendapat :
Jika perlatan dari masjid yang pertama dijual dan pendapatan dari
jualannya tersebut digunakan untuk membina masjid yang lebih baik atau
selesa maka hukum menjualnya adalah harus. Imam Ahmad membawa hajat
Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. pernah menukarganti atau
mengubahsuai masjid di zaman mereka.
Maka dengan ini harus pengubahsuai bangunan harta wakaf dari satu
keadaan kepada keadaan yang lain kerana memenuhi keperluan yang jelas.
Ulasan dan pandangan :
Dari pembentangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa terdapat dua
kumpulan yang berbeza pendapat berhubung dengan penggunaan harta wakaf
masjid.
Pertama : Sebahagian dari Mazhab Hanafi berpendapat bahawa bahan
binaan masjid dalam apa keadaan sekalipun masih kekal sifat masjidinnya
kerana itu ia tidak boleh dipindah dan ditukarganti. Pendapat ini
selari dengan pendapat Mazhab Malikiah di mana meraka berpendapat :
Mengikut ijmak Ulama" bahawa harta wakaf tidak bleh dijual.
Manakala sebahagian dari Mazhab Syafie berpendapat : Bahawa harta wakaf masjid tidak boleh dijual.
Kedua : Imam Ahmad dan lain-lain berpendapat : Bahawa harta masjid
dalam keadaan tertentu seperti masjid tidak digunakan lagi kerana
terlalu sempit dan tidak boleh diperbesarkan lagi, atau dalam keadaan
masjid tersebut telah berkecai seperti tidak boleh dibangunkan lagi
melainkan dengan dijual bahannya untuk dibeli dan dibangunkan masjid
yang baru, maka ia harus dijual untuk tujuan tersebut, harta dari
hualan tersebut boleh dibeli barang yang sama jenis mengikut kehendak
waris yang mewakafkannya. Kerana harta wakaf tidak boleh diubah selagi
masih boleh diambil faedahnya.
Imam Ahmad berpendapat lagi : Bahawa pemindahan harta wakaf dari
satu keadaan kepada keadaan yang lain harus dan boleh dilakukan.
Berdasarkan kepada ia pernah dilakukan oleh Saidina Umar r.a. dan
Saidina Uthman r.a. Manakala sebahagian dari Mazhab Syafie berpendapat
: Dalam keadaan tertentu (terdesak) harta tak alih (العقار) milik
masjid boleh dijual seperti untuk membesarkan atau memperluaskan
masjid.
Sebahagian dari Mazhab hanafi pula berpendapat : Bahawa runtukhan
masjid boleh dijual dengan perintah hakam (pihak berkuasa). Harga dari
bahan yang dijual itu dibeli peralatan baru dari jenis manfaat yang
bersama, manakala harta wakaf masjid berupa hamparan dam lampu-lampu
mengikut pendapat Abu Yusuf ia boleh dipindahkan ke masjid yang lain.
Masjid adalah maslahah umum :
Masjid adalah sesuatu keperluan dan berupa maslahah kepada masyarakat
Islam seluruhnya. Tanpa masjid, maka hilanglah syiar Islam dari
masyarakat setempat. Masjid dan segala peralatan menjadi hak bersama
semua umat Islam. Masjid didirikan adalah untuk kegunaan, kepentingan
dan maslahah umat Islam seluruhnya.
Oleh kerana setiap seorang Islam mempunyai hak dan kepentingan ke
atas masjid dam hata miliknya. Maka apabila hak mereka terhalang,
merekaa berhak mendapatkan semula hak tersebut selagi ada jalan.
Beribadah di masjid adalah hak setiap orang yang beriman. Ia wajib
diberi dan dibuka peluang kepada mereka yang berhak mendapatkannya.
Oleh itu apabila orang-orang Islam terhalang dari menunaikan
sembahyang di masjid kerana sempit atau masjid itu uzur keadaannya
sehingga membahayakan keselamatan pada jamaah, maka berusaha untuk
membolehkan mereka menunaikan sembahyang berjamaah di masjid menjadi
suatu keperluan yang wajib ditunaikan oleh mereka yang bertanggungjawab.
Manakala mengabaikannya adalah suatu kesalahan di sisi syarak.
Sekiranya halangan sembahyang di masjid berlaku kerana masjid itu
sempit, maka membesarkannya adalah suatu kemestian, sekalipun
pembesarannya itu menuntut tukarganti dari yang lama kepada yang baru,
dalam keadaan demikian menukarkannya sudah menjadi suatu keperluan yang
wajib ditunaikan, kerana ia termasuk di dalam kaedah yang berbunyi 'ما
لايتم الواجب إلا به فهو واجب" . Ia juga termasuk di dalam kaedah " لا
ضرر ولا ضرار" dan kaedah "الضرورات تبيح المحظورات".
Kertas disediakan oleh Y.Bhg. Dato" Dr. Saleh bin Ismail dan Y. Bhg. Ustaz Talib bin Abdul Rahman.
SUMBER DARI:e-fatwa
PORTAL RESMI FATWA MALAYSIA
No comments:
Post a Comment