Sunday, 12 January 2014

Pucuk Timun Jepun (tupuk gipun)


    Pucuk timun jepun merupakan sayur jenis menjelar  yang  sememangnya amat sedap di makan sebagai lauk untuk menjamu selera sama ada makan tengah hari ataupun malam,sayur menjelar yang sangat subur ditempat yang berhawa sejuk seperti kundasang  ini  amat senang di jaga atau pun tak paya dijaga seperti rumput atau tumbuhan liar pucuk timun jepun  boleh hidup subur terutama   jika musim hujan.
    Pada mulanya penduduk awal kundasang tidak mengetahui  bahawa pucuk yang menyelar ini boleh di makan kerana belum pernah melihat apatah lagi memakannya tapi setelah mengatahui bahawa pucuk liar yang tumbuh ditepi jalan ataupun disemak tertentu ini sebenarnya adalah jenis sayur menjelar  yang memang enak dimakan barulah mereka memakannya dan pada akhir tahun  70an pucuk timun jepun ini mula dijual di Tamu (pasar) bulanan dan pada awal tahun 90an  kundasang adalah pembekal utama pucuk ini ke seluruh negeri sabah malah hingga ke negara berunai.
    Sebenarnya pucuk timun jepun (orang tempatan mengelarnya tumpuk gipun)  ini berasal dari negara matahari terbit iaitu negara jepun sebab itulah sayur menyelar  ini digelar pucuk timun jepun dan pucuk ini sebenarnya tumbuh/bercembah  dari buah timun  kerana buah timun  tersebut sebenarnya adalah keutamaan  orang jepun untuk dimasak sup  namun tidak dipastikan dengan tepat bila buah tersebut dibawa ke sabah sama ada semasa jepun menjajah sabah atau pun setelah kemerdekaan .
    Menurut cerita seorang penduduk kampung iaitu Encik harun 70an buah tersebut biasanya dibawa oleh orang jepun yang bakal bekerja kesini  sebagai bekalan sayur, ini kerana buahnya tahan lama dan tak kering walaupun di biarkan berbulan-bulan dalam kotak dan menurut ceritanya mungkin buah tersebut tercicir semasa dalam perjalanan kemudian  ianya tumbuh dengan subur di kundasang yang sememangnya mempunyai cuaca yang hampir sama dengan tempat asal buah tersebut….   

En.jasbie memerhatikan kemnya yang dikelilingi pucuk timun jepun.

pekerja sedang memetik pucuk timun.


amat subur walaupun tampa penjagaan khusus.
pucuk timun yang telah dimasak.

pucuk timun dipasar sayuran..

No comments:

Post a Comment