Penanaman
sayur di kundasang telah diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1954.
Plot percubaan telah dibuka di Tenompok (berdepan dengan Rina Ria Lodge, Batu
36) oleh Pegawai Pertanian Kota Belud yang juga menguasai Daerah Ranau ketika
itu, ia itu Mendiang Y.Bhg Datuk S.P Durai. Beliau telah mengarahkan Pembantu
Pertanian ketika itu Mendiang Datuk Sikodol Moludang untuk mencari tanah yang
lebih luas di Bundu Tuhan untuk dijadikan sebagai Steshen Penyelidikan.
Malangnya penduduk Bundu Tuhan tidak membenarkan Stesyen Penyelidikan didirikan
di sana. Oleh itu beliau telah beralih arah ke Kundasang dan berjumpa dengan
Ketua Kampung Kundasang ketika itu (K.K Kaingan - jika saya tidak silap). Ketua
Kg. telah membenarkan Stesen Penyelidikan dibuka di Kundasang seperti mana yg
ada pada masa ini iaitu di kawasan Masjid Jamek Kundasang didirikan. Kebenaran
yg diberikan oleh KK kepada Jabatan Pertanian mendirikan Stesen Penyelidikan
Pertanian telah mencetuskan kemarahan kepada beliau menyebabkan beliau dihalau
daripada Kundasang. Beliau berada dalam buangan sehinggalah beliau meninggal
dunia di Kg Tudangan, Ranau. Dari sudut ini kita melihat satu sinario apabila
kehendak majoriti tidak selalunya betul. Jika bukan kerana K.K. Kaingan maka
penanaman sayur-sayuran hawa sederhana tidak mungkin dapat dimulakan di
Kundasang.
Pada
peringkat awal penanaman sayur di Kundasang, ia dilakukan dengan bercirikan
penanaman mesra alam.ketika itu baja kimia dan racun serangga jarang digunakan.
Pada tahun 60 an sehingga akhir 70 an penggnaan baja kompos dan pengawalan
serangga secara biologi digunakan.Stesen Pertanian ketika itu terdapat satu
plot percubaan kawalan serangga yang dikendalikan oleh Sukarelawan Jepun dengan
hanya menggunakan lampu pam. Caranya, pada malam hari lampu pam di pasang di
empat penjuru ladang sayur dan di bawah lampu pam itu diletakkan baldi besar
yang dipenuhi dengan air. Lampu pom (pressure lamp) tersebut menarik serangga
datang lalu jatuh ke baldi besar. Cara ini amat berkesan dalam usaha
mengurangkan populasi serangga perosak tersebut. Serangga yang sukar dikawal
seperti plutella ketika itu amat sedikit. Demikian juga dengan semburan kawalan
makhluk perosak ketika itu adalah ramuan daripada bahan-bahan organik seperti
lada padi, lada putih, serai dsb yang diadun dan dikisar menjadi ramuan
semburan pengawalan makhluk perosak. Baja pula dibuat dengan proses pereputan
daun-daun sayur buangan yang diadun dengan najis ternakan. Proses ini dikenali
sebagai proses penghasilan baja kompos.
Sistem peladangan
penanaman sayur mesra alam di Kundasang berakhir pada akhir tahun 70 an dan
bertambah rancak pada tahun 80 an apabila pekerja asing mula diambil bekerja di
ladang-ladang sayur. Pada ketika itu perkara-perkara pokok seperti keperluan
menjaga alam sekitar dan bahaya penggunaan racun dan baja mula diabaikan.
Kebanyakan petani mula memikirkan keuntungan semata-mata malah ramai yang mula
menjual tanah-tanah yang produktif disekitar pekan Kundasang kepada pemodal
asing. Mentaliti kapitalis dan keinginan mendapatkan wang banyak dengan sekelip
mata membuatkan ramai pemilik tanah tempatan menjual tanah mereka.

No comments:
Post a Comment