Zen gerdan merupakan tempat yang paling digemari oleh pelancong untuk menginap sewaktu berkunjung ke kundasang dan beberapa kali menerima anugarah sebagai Landskap tercantik. jadi tidak hairanlah jika tempat ini sering kali menjadi pilihan utama kepada para pelancong...
Namun kini zaman kegemilangan resort tersebut akhirnya berakhir setelah tempat tersebut runtuh akibat dari ketidak perihatinan pemilik resort tersebut di mana hasil dari kajian yang dilakukan oleh pegawai dari jabatan kaji bumi,sistem perparitan hasil buangan dari resort tersebut tidak teratur dan saliran air paip buangan yang bertaburan tampa parit khas menyebabkan air memasuki celah rekahan tanah menyebabkan struktur dalam tanah menjadi terlalu lemah/basah dan akhirnya membentuk sebuah gua bawa tanah kerana terlalu banyak air bertakung di dalam..
Menurut penduduk kampung di tempat tersebut sebenarnya kebimbangan mereka berkenaan perkara tersebut pernah diacukan kepada bos zen gerdan namun tidak di hiraukan dan apa yang dibimbangkan penduduk akhirnya terjadi tapi apa yang lebih menyedikan bencana tersebut turut melibatkan penduduk kampung apabila rumah mereka turut rosak teruk menakala jalan ke kg.kundusan dan ke mohimboyon terputus lebih 12 minggu.
pada mulanya pihak penggurusan zen gerdan enggan menutup tempat tersebut kerana terlalu mengejar keuntungan walaupun jabatan kaji bumi mengistiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan tidak selamat namun setelan mendapat teguran sendiri dari menteri pelancongan sabah akhirnya Zen gerdan di tutup pada
30.9.2011............
No comments:
Post a Comment