Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan
| Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan
memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara
ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini
antara info yang terbaik.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan
berhubung kait dengan fungsi badan
yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana
informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada
masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital
walaupun sakit hanya
datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi
clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
Maksud dari Tanda-tanda Sakit Di Badan
1. MATA (Bertindak
balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi
merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah
menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi
kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati
sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata
: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan
badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata
dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2.HIDUNG
a) Selesema : Proses
pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan
(biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah
alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses
menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar
kahak : Proses membuang toksin di
bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak
: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar
selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa
gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan
paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada
udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong
kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah
tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong.
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan
dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem
penghadaman yang lemah.
ii) Perut
mengandungi angin.
iii) Kurang darah
yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan
kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan
RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan
pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH :
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi
bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang
berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut
atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid
berlebihan.
c) Mulut berbau
busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA:
Berkaitan dengan buah
pinggang.
a) Telinga terasa
tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga
berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa
sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin :
Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau :
Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL
DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak
memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN
BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma
pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan
tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI,
TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas.
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit
pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di
bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi
metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN :
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI
DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi
sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit
jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI :
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI
: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman
dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI
: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI
TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI
CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong
Foot).
14. TANDA-TANDA
DALAMAN
A. KEPALA. Secara
amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan
dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI
BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan
mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI
BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah
(tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN
RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI
KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan
penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG
MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15.
MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA
TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR
YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING
BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING
BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT
BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING
BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP
BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit
dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian
usus besar.
b) SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah :
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam:
Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA
HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk :
Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal:
Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit
menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ
badan.
iv) Sakit menegang :
Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA
BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses
penyeimbangan
c) BADAN TERASA
PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan
banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA
RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT
MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK
DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN
TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK
ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung
yang lemah.
b) Sistem saraf otak
yang lemah.
c) Masalah
pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR
DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
SUMBER:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan
& kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia
Perlis
No comments:
Post a Comment