Sesungguhnya, permasalahan ini berat.
Perhatikan soalan 1 - 9. Perkahwinan seumpama
ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih
jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar
nikah", cepat cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu
TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan
bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1: Apakah langkah
yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil
anak luar nikah? Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga
bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab
itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? Jawapan 2 :
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan
3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan 3 :
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini
seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi
yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah
tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti
berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau
sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali
lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak
diperbetulkan? Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana
pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum
mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu
bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? Jawapan 7 :
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki
Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah
setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? Jawapan 8 :
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan
itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya
saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu
memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk
memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir
dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi
Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan,
membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka
juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia
atau pun diakhirat...
Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya
sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah
Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'. USTAZ ROSLI AL
HAFIZ -
No comments:
Post a Comment