Sunday, 26 January 2014

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...

   Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 9. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... 
  Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:  
   
  Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah? Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan
  
  Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.  
  
  Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.  
  
  Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
   
  Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah. 
   
  Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya. 
   
  Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram. 
  
  Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah. 
   
  Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.  
   
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... 
   
Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'. USTAZ ROSLI AL HAFIZ -

Friday, 17 January 2014

Mengesan ganguan jin dalam badan dan tekhnik penyembuhan dengan audio ruqyah


                                   GANGGUAN JIN
     Untuk kasus sihir yang berat biasanya ada reaksi keras selama mendengarkan audio MP3 ruqyah ini, dalam keadaan berbaring, pasien bisa bergetar/kesemutan/kedutan/menusuk pada salah satu bagian tubuhnya. Ketika ada reaksi  bergetar/kesemutan/kedutan/menusuk pada salah satu bagian tubuh maka dibagian tersebut sudah terkumpul semua penyakit, energi negatif, benda-benda sihir, makhluk-makhluk negatif (jin/setan).

 Jika ada yang bergetar/kesemutan/kedutan/menusuk konsentrasikan fikiran kita untuk fokus pada bagian tubuh yang bergetar/kesemutan/kedutan/menusuk itu dan niatkan agar energi ruqyah terfokus/terproyeksi ke bagian tubuh yang bergetar/kesemutan/kedutan/menusuk. 

Contoh : Selama mendengarkan tangan kiri kesemutan maka fokuskan fikiran kita ke tangan kiri lalu niatkan agar energi ruqyah terproyeksi ketangan kiri untuk membakar habis energi negatif yang ada ditangan kiri kita. terus fokuskan fikiran sampai rasa bergetar/kesemutan/kedutan/menusuk itu hilang. 
    PENYAKIT FISIK
   Pusatkan fikiran/fokus pada lokasi dimana anda menderita penyakit niatkan agar getaran energi ruqyah membakar habis seluruh segala hal yang menjadi penyebab sakit dan menyembuhkan seluruh tubuh fisik dan eterik kita. WASPADAI JIKA ada sensasi kesemutan, kedutan, sakit menusuk dll jika ada  perkuat lagi konsentrasi kita pada bagian yang bereaksi tersebut.
Contoh : Anda menderita kanker payudara, maka pusatkan titik konsentrasi pada payudara kita. Gunanya memusatkan titik konsentrasi agar energi ruqyah terfokus kekuatannya untuk mematikan semua sel kanker tersebut. Jika payudara anda terasa panas, sakit menusuk itu proses penyembuhan tetap fokus dan konsentrasi.
                                    KESIMPULAN
   Semua memerlukan kesadaran penuh dari pasien sebab jika pasien lalai dan mengantuk, atau fikirannya melayang-layang, tidak fokus/khusyuk maka hasilnya akan sia-sia, begitu pula jika pasien langsung hilang kesadarannya seperti kesurupan maka hasilnya tidak akan maksimal. Ada banyak kasus tidak berhasilnya terapi ruqyah mandiri lewat audio ruqyah disebabkan karena hal diatas atau tidak melakukan fokus konsentrasi dengan baik pada daerah yang bereaksi keras.

   Jika terasa perut mual dan mau muntah duduklah dan siapkan plastik lalu fokuskan konsentrasi fikiran pada wilayah perut dengan pinggang lurus tidak membungkuk, niatkan agar seluruh penyakit keluar lewat muntahan.

   Setelah melakukan tekhnik penyembuhan dengan audio ruqyah, duduklah dan bacakan 3 qul ( A-Ikhlas, Al-Falaq dan An-naas 3 x) ditelapak tangan lalu tiup. Setelah itu lakukan tekhnik usapan/sapuan membuang penyakit (lagi saya susun) untuk membuang sisa-sisa pembakaran/penyembuhan penyakit agar keluar dari tubuh fisik dan eterik. Sebab jika tidak dikeluarkan akan menjadi penyakit bagi diri kita.

Istiqamahlah melakukan tekhnik ini setiap hari sampai sakit anda sembuh......

Kerdit to:   quranic-healing.blogspot.com
  

                      Anda boleh Download audio MP3 ruqyah di sini:
      
                    

Wednesday, 15 January 2014

Berhibur sekejap..

Awas kobis palsu made in cina..

   Kita sering kali mendengar beberapa barang tiruan yang palsu dibuat di cina dsan yang paling terkenal adalah telifon bimbit berjenama, telor ayam dan yang terbaru adalah sayur kobis yang nyata juga palsu dan  bahan yang digunakan belum di ketahui...
Cairan bahan X di tuang ke bekas..

tunggu beberapa minit sehingga keras..

Di masuk kedalam air untuk tujuan melembutkan..

proses membentuk dilakukan..
Di biarkan beberapa minit untuk mengekalkan bentuk..


kobis palsu yang telah siap di proses..

   Jika terdapat kobis yang agak mencurigakan/meragukan jangan beli kerana berkemungkinan sayur kobis tersebut adalah tiruan Made In Cina...

Sunday, 12 January 2014

Pucuk Timun Jepun (tupuk gipun)


    Pucuk timun jepun merupakan sayur jenis menjelar  yang  sememangnya amat sedap di makan sebagai lauk untuk menjamu selera sama ada makan tengah hari ataupun malam,sayur menjelar yang sangat subur ditempat yang berhawa sejuk seperti kundasang  ini  amat senang di jaga atau pun tak paya dijaga seperti rumput atau tumbuhan liar pucuk timun jepun  boleh hidup subur terutama   jika musim hujan.
    Pada mulanya penduduk awal kundasang tidak mengetahui  bahawa pucuk yang menyelar ini boleh di makan kerana belum pernah melihat apatah lagi memakannya tapi setelah mengatahui bahawa pucuk liar yang tumbuh ditepi jalan ataupun disemak tertentu ini sebenarnya adalah jenis sayur menjelar  yang memang enak dimakan barulah mereka memakannya dan pada akhir tahun  70an pucuk timun jepun ini mula dijual di Tamu (pasar) bulanan dan pada awal tahun 90an  kundasang adalah pembekal utama pucuk ini ke seluruh negeri sabah malah hingga ke negara berunai.
    Sebenarnya pucuk timun jepun (orang tempatan mengelarnya tumpuk gipun)  ini berasal dari negara matahari terbit iaitu negara jepun sebab itulah sayur menyelar  ini digelar pucuk timun jepun dan pucuk ini sebenarnya tumbuh/bercembah  dari buah timun  kerana buah timun  tersebut sebenarnya adalah keutamaan  orang jepun untuk dimasak sup  namun tidak dipastikan dengan tepat bila buah tersebut dibawa ke sabah sama ada semasa jepun menjajah sabah atau pun setelah kemerdekaan .
    Menurut cerita seorang penduduk kampung iaitu Encik harun 70an buah tersebut biasanya dibawa oleh orang jepun yang bakal bekerja kesini  sebagai bekalan sayur, ini kerana buahnya tahan lama dan tak kering walaupun di biarkan berbulan-bulan dalam kotak dan menurut ceritanya mungkin buah tersebut tercicir semasa dalam perjalanan kemudian  ianya tumbuh dengan subur di kundasang yang sememangnya mempunyai cuaca yang hampir sama dengan tempat asal buah tersebut….   

En.jasbie memerhatikan kemnya yang dikelilingi pucuk timun jepun.

pekerja sedang memetik pucuk timun.


amat subur walaupun tampa penjagaan khusus.
pucuk timun yang telah dimasak.

pucuk timun dipasar sayuran..