Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud:
"Jin itu ada tiga jenis iaitu; Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."
Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat di dalam Al Quran. Wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupon sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya. Maksud ringkasnya ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, di bawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. "
Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat Ruqyah. Ayat Ruqyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Maksud ruqyah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas disebabkan sengatan binatang, dan mcm2 lagi”
Keistimewaan Ayat Ini :-
Simptom yang akan didapati selepas mendengar :-
1. Denyutan jantung makin kencang
2. Badan bergegar
3. Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) Mengantuk/menguap
5) Batuk
6) Gelisah
7) Panas di tengkuk
Selepas mendengar ayat ini, insyaAllah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah. Jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita. Ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar ayat ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.
Dengan mendegar ayat ini, insyaAllah mampu menyembuhkan penyakit-penyakit misteri antaranya :-
- Fikiran runsing/jiwa gelisah
- Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
- Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
- Ketengangan dalam rumahtangga
- Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
- Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
- Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
- Menguatkan hafalan dan pembelajaran
- Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
- Membersihkan aura diri dan menyahkan energy-energy negatif dari badan
Cara Menggunakan ayat Ini :
RUQYAH ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita. Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayat 1).
Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa. Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar. InsyaAllah
PELAKSANAAN
TERAPI
1. Download File
yang berisi audio RUQYAH
2. Sesudah
mendownload lalu instal MP3 di HP atau VCD. jika didalam HP kenakan headset dan
jika di VCD Player dekatkan speaker di tubuh kita.
3. Berbaringlah
secara nyaman, kepala dialasi bantal dengan tubuh terlentang (tangan dan kaki
luruskan) bacalah TA'AWUDZ dan doa:
حَسْبُنَااللهُ وَنِعْمَ
الْوَ كِيْلُ،نِعْمَ الْمَوُلَىوَنِعْمَ النَّصِيْرُ
“Cukuplah
Allah bagi kami dan dia sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik pelindung, sebaik
penolong.”
4. Lemaskan seluruh
tubuh, tariklah nafas dalam-dalam lalu lepaskan pelan-pelan beberapa kali
sampai merasa tenang dan rileks, lalu putarkan audio ruqyah MP3, dengarkan
selama 15-30 menit.
5. Dengarkan dengan
khusyuk dan waspadai jika ada reaksi/sensasi pada tubuh kita