Wednesday, 31 August 2011

Garam:penawar racun


BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.
Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.
Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.
Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.
“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.
“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.
“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,” ujarnya kepada Jurnal.

AIR garam mengembalikan keseimbangan bendalir badan.




Menurut Wendy, keracunan makanan adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus, bakteria dan parasit yang akhirnya menjadi toksik berbahaya kepada perut.
Virus
“Organisma tersebut mudah merebak melalui cecair dan makanan yang kotor.
“Antara jenis virus, bakteria dan parasit yang terlibat termasuklah rotavirus, adenovirus, E. Coli, salmonella, shigella dan giardia,” ujarnya.
Disebabkan organisma tersebut mudah merebak melalui minuman dan air, Wendy menyarankan agar pengguna memilih gerai minuman yang mengamalkan kebersihan.
“Contoh makanan yang kurang bersih adalah minuman air tebu. Selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.
“Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?
“Selain itu, air batu juga sering menyebabkan masalah keracunan makanan kerana kebanyakannya disediakan dengan air yang tidak dimasak terlebih dahulu,” katanya lagi.
MAKANAN yang terdedah senang dicemari.



Jelas Wendy, antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.
“Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa,” jelas Wendy.
Justeru apabila berdepan dengan simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, Wendy menyarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor.
Jelasnya, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit.
“Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.
“Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.
“Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,” katanya sambil menambah, kaedah tersebut tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.


  

keputusan sepanjang perlawanan malaysia di slovakia

       

LATEST GAME : Malaysia U23 (1) vs FC Levice(0)
Malaysia U23 (0) vs FC Nitra (1)
...Malaysia U23 (1) vs Moldava (0)
Malaysia U23 (2) vs Topolcany (1)
Malaysia U23 (2) vs Liptovsky Mikulas (1)
Malaysia U23 (1) vs Honved Budapest (4)
Malaysia U23 (2) vs Dolny Kubiu (0)
                                                                                              

Safiq mendapat tawaran ke QPR

SUKAN


SAFIQ (kiri) bakal menyarung jersi Cardiff City dalam Liga Divisyen 2 England.



KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.
Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.
“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.
“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.
Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.
Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.
Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

Friday, 19 August 2011

Kawal penjualan asid



 Ramai pihak menggesa kerajaan tampil dengan penyelesaian untuk menjadikan asid sebagai barangan kawalan.


 Salah seorang mangsa simbahan asid....
botol asid yang sering di gunakan
 Orang ramai berharap kerajaan menimbang untuk mengawal barangan itu dibawah Akta Racun memandangkan berapa kes serangan asid di negara ini dengan yang terbaru di sini pada  Rabu.


Rabu lepas, seorang akuantan berusia 22 tahun mengalami kecederaan serius pada mukanya selepas disimbah sejenis cecair di tapak letak kereta di Taman Khidmat.


Menurut seorang saksi, penyerang itu memandu kereta MyVi di sekitar lot parking itu sebelum mendekati mangsa dan menyiram cecair ke arah mangsa sebelum melarikan diri. 

BERITA KUNDASANG:SEJARAH PERMULAAN TANAMAN SAYURAN..

  
   Penanaman sayur di kundasang telah diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1954. Plot percubaan telah dibuka di Tenompok (berdepan dengan Rina Ria Lodge, Batu 36) oleh Pegawai Pertanian Kota Belud yang juga menguasai Daerah Ranau ketika itu, ia itu Mendiang Y.Bhg Datuk S.P Durai. Beliau telah mengarahkan Pembantu Pertanian ketika itu Mendiang Datuk Sikodol Moludang untuk mencari tanah yang lebih luas di Bundu Tuhan untuk dijadikan sebagai Steshen Penyelidikan. Malangnya penduduk Bundu Tuhan tidak membenarkan Stesyen Penyelidikan didirikan di sana. Oleh itu beliau telah beralih arah ke Kundasang dan berjumpa dengan Ketua Kampung Kundasang ketika itu (K.K Kaingan - jika saya tidak silap). Ketua Kg. telah membenarkan Stesen Penyelidikan dibuka di Kundasang seperti mana yg ada pada masa ini iaitu di kawasan Masjid Jamek Kundasang didirikan. Kebenaran yg diberikan oleh KK kepada Jabatan Pertanian mendirikan Stesen Penyelidikan Pertanian telah mencetuskan kemarahan kepada beliau menyebabkan beliau dihalau daripada Kundasang. Beliau berada dalam buangan sehinggalah beliau meninggal dunia di Kg Tudangan, Ranau. Dari sudut ini kita melihat satu sinario apabila kehendak majoriti tidak selalunya betul. Jika bukan kerana K.K. Kaingan maka penanaman sayur-sayuran hawa sederhana tidak mungkin dapat dimulakan di Kundasang.
   Pada peringkat awal penanaman sayur di Kundasang, ia dilakukan dengan bercirikan penanaman mesra alam.ketika itu baja kimia dan racun serangga jarang digunakan. Pada tahun 60 an sehingga akhir 70 an penggnaan baja kompos dan pengawalan serangga secara biologi digunakan.Stesen Pertanian ketika itu terdapat satu plot percubaan kawalan serangga yang dikendalikan oleh Sukarelawan Jepun dengan hanya menggunakan lampu pam. Caranya, pada malam hari lampu pam di pasang di empat penjuru ladang sayur dan di bawah lampu pam itu diletakkan baldi besar yang dipenuhi dengan air. Lampu pom (pressure lamp) tersebut menarik serangga datang lalu jatuh ke baldi besar. Cara ini amat berkesan dalam usaha mengurangkan populasi serangga perosak tersebut. Serangga yang sukar dikawal seperti plutella ketika itu amat sedikit. Demikian juga dengan semburan kawalan makhluk perosak ketika itu adalah ramuan daripada bahan-bahan organik seperti lada padi, lada putih, serai dsb yang diadun dan dikisar menjadi ramuan semburan pengawalan makhluk perosak. Baja pula dibuat dengan proses pereputan daun-daun sayur buangan yang diadun dengan najis ternakan. Proses ini dikenali sebagai proses penghasilan baja kompos.
   Sistem peladangan penanaman sayur mesra alam di Kundasang berakhir pada akhir tahun 70 an dan bertambah rancak pada tahun 80 an apabila pekerja asing mula diambil bekerja di ladang-ladang sayur. Pada ketika itu perkara-perkara pokok seperti keperluan menjaga alam sekitar dan bahaya penggunaan racun dan baja mula diabaikan. Kebanyakan petani mula memikirkan keuntungan semata-mata malah ramai yang mula menjual tanah-tanah yang produktif disekitar pekan Kundasang kepada pemodal asing. Mentaliti kapitalis dan keinginan mendapatkan wang banyak dengan sekelip mata membuatkan ramai pemilik tanah tempatan menjual tanah mereka.




pad

Sebelum Bertemu 'Telaga Emas'


                    Tiada Manusia di dalam dunia ini yang tidak pernah menempuh kesusahan atau kesulitan sebelum bertemu dengan kejayaan .. Itu memang hukum Alam .. Dan sebenarnya kesusahan dan kesulitan itulah yang menjadikan seseorang itu gah di Puncak kejayaan dengan peribadi dan prinsip hidup yang mantap.  Siapakah mereka sebelum bertemu dengan 'Telaga emas' (kejayaan) ??








Siapa yang tak kenal Bill Gates  ... Jutawan ini dahulunya pernah bekerja sebagai budak suruhan atau office boy di sebuah syarikat kongres ..




















Bill Murray sebelum terkenal sebagai seorang pelakon, beliau pernah bekerja sebagai penjual kacang di kaki lima pusat beli belah








Sylvester Stallone ... Hero Rambo ini asalnya dulu seorang pembersih kandang singa.




William Watkins,CEO dari Seagate Technology ... Pembekal Hard Disk yang utama di dunia ... Dahulunya beliau hanya lah seorang jaga hospital sakit jiwa pada waktu malam ..







Jennifer Aniston .. Aktres ini dahulunya adalah seorang Pelayan Restoran






Michael Dell .. Bos Dell Computer dahulu pernah bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah restoran cina ...








  Dan Brown Seorang penulis Hebat yang telah mencipta nama diseluruh dunia melalui penjualan novel terlarisnya, Da Vinci Code ..sebelum ini seorang Guru biasa sahaja ...






Brad Pitt , Seorang pelakon kegilaan wanita  Beliau ini dahulu seorang penarik peti sejuk ... Beliau juga pernah menjadikan sut ayam sebagai kostum untuk menarik pelanggan di sebuah restoran ..










Madonna sebelum menjadi seoang Aktres Terkenal beliau bekerja dibahagian belakng kaunter Dunkin Donuts ...








Steve Jobs, Bos dari Walt Disney ini dahulunya seorang pengutip botol terbuang selain menjadi badut jemputan untuk majlis sambutan ulang tahun ...






Adolf Hitler .. Pemerintah agung Nazi yang terkenal dengan kekejamannya dahulunya hanya seorang pelukis kad ucapan ....







Jackie Chan .. mencipta nama di seluruh dunia ini dahulunya adalah seorang pelayan restoran dan juga seorang buruh binaan





Rezeki masing-masing dah ditetapkan oleh Allah ...

Ops credit to : pocik Google dan Mastika

Safee Sali Dirisik oleh Kelab Bundesliga Jerman ?


              

     Dengar cerita penyerang sensasi Harimau Malaya kita Safee Sali yang kini sedang beraksi di Kelab Pelita Jaya Liga Super Indonesia dirisik oleh Kelab Bundesliga Jerman..



Dikatakan bahawa tawaran itu dilakukan selepas mereka melihat prestasi Safee Sali ketika beraksi melawan Singapura hari tu ..

Andai betul tawaran itu diberikan dan Safee bersetuju untuk berpindah kesana,maka terlakarlah sejarah baru pemain pertama Malaysia beraksi di Liga Jerman .. Bukan calang-calang liga tu .. 




Tapi menurut Safee Sali tawaran itu baru di peringkat awal dan beliau enggan untuk mengulas lebih lanjut lagi..

Sumber video-Nadi Arena


Wigan Athletic minat Baddrol Bakhtiar

Baddrol Bakhtiar


               


      Hari itu kecoh tentang Safee Sali dirisik oleh kelab Bundesliga Jerman.. Hari ini lagi seorang pemain Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar bikin kecoh setelah dikatakan dirisik oleh satu kelab bola sepak liga perdana Inggeris (EPL) iaitu Wigan Athletic.. !







Tetapi Wigan hanya mahu membuat trial offer dimana pemain akan beraksi disana dalam jangka masa pendek seperti yg dijanjikan.. Andai mereka terus berminat dan Baddrol Bakhtiar dapat mengikut rentak disana besar kemungkinan Wigan akan terus mengikat kontrak bersamanya kelak..





Baddrol Bakhtiar yg kini bermain untuk Kedah FA telah beraksi dengan jayanya di liga perdana Malaysia telah mencuri tumpuan pihak Wigan..

Sejak dua menjak ini pemain-pemain Malaysia telah mencuri tumpuan kelab-kelab bola sepak luar negara.. Sebab aku dengar cerita juga yg Safiq Rahim dah dapat tawaran ke Indon (ikut jejak Safee le tu) dan Amirul hadi pula sedang diperhatikan oleh kelab bola sepak Jepun ...
Safiq dan Amirul


*Walaubagaimanapun, Laporan ini belum ada pengesahan rasmi sama ada dari Baddrol Bakhtiar sendiri atau Kedah FA


ISU MURTAD !!! INI JAWAPAN TUN MAHATHIR !!!

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya “berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain yang telah berpecah.


"Kerana berpecah-belah kita menjadi lemah.Kita mungkin lupa 55 tahun dulu,semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan (menentang) Malayan Union.Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu.Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union,” katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan,Batu 3,Kodiang,Jerlun malam tadi.


Turut hadir isteri beliau,Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz,yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Ahli Parlimen Jerlun.



Bernama melaporkan,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing dan berhadapan dengan masalah kebuluran.


"Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam.Di negara-negara mereka,perpecahan berlaku di kalangan rakyat.Akhirnya umat Islam menjadi lemah dan orang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam.


Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi,kewangan tak kukuh. Orang asing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu,” katanya.


Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing.


"Kalau tak bersatu,kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain.Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi buruk kerana perpecahan kita,” katanya.


Sementara itu,mengulas isu murtad kata Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki dahulu.


"Kadang-kadang tuduhan itu benar,kadang-kadang tak.Kalau gopoh untuk menyiasat,esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi. Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar," katanya.


Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.


"Kalau tak ambil berat dan mereka menderita,mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka," katanya.

AZMIN PENDATANG ASING (PATI) DARI INDONESIA..!!!


Pemimpin pakatan haram PR memang dipenuhi oleh pendatang asing (PATI) yang telah mendapat MyKad berkemungkinan juga menggunakan jalan belakang untuk mendapatkannya ketika Anwar menjawat jawatan dalam kerajaan dahulu. Kebanyakkannya berasal dari negara Indonesia setelah berjaya mendapat status kewarganegaraan, budaya luar pun turut dibawa bersama kenegara ini.

Sanggup membuat apa saja demi untuk mencapai hajat dan idaman walaupun terpaksa menggadai isterinya untuk membolot apa yang dipunyai olehnya sekarang. Ia telah dibongkarkan oleh Umi Hafilda adiknya sendiri bahawa Azmin Ali memang tamak untuk menjadi kaya, sehingga ingin mengetepikan sistem Raja-Raja Melayu yang dikatakan oleh Azmin sebagai membazir wang negara.

Sampai begitu biadap sekali si pendatang asing yang dah dapat MyKad ni, sehingga pecah belah rakyat Selangor yang tertipu dengan budaya yang dibawanya dari seberang. Azmin bukanlah rakyat Malaysia tulen yang sebenarnya boleh dijadikan pemimpin untuk memimpin rakyat Malaysia.

Budaya yang dibawa olehnya bukan budaya orang Malaysia memperdagangkan isteri demi wang ringgit. Orang Malaysia tidak akan membuat perkara sebegini, mana perginya maruah beliau untuk bergelar pemimpin..??

Kesian orang Selangor diperbodohkan oleh penduduk tetap yang dah dapat MyKad ni. Kod 71 bukanlah "Original" Malaysia, asal usul pendatang asing tetapi idaman setinggi langit ingin menawan Malaysia. Bolehkah rakyat Malaysia mengizinkan si pendatang ni bergelar pemimpin..??


Beliau ni dah dapat status kewarganegaraan pun dah kira baik, dah bagi betis nak peha, lepas tu nak pijak kepala la..!! Orang PKR memang bodoh ditipu senang-senang oleh pemegang MyKad Kod 71 ni, Indon ni kaya raya setelah mendapat kewarganegaraan.

Kesian apabila melihat orang PKR dan rakyat Selangor diperbodoh dan dipergunakan oleh pendatang asing sekor ni...!!!

SEGI TIGA BERMUDA....

   Sebenarnya wilayah Segitiga Bermuda ini tak benar bila dikatakan segitiga, sebab atas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang sudah melebihi dari bentuk bsegitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imajinasi saja. Bila kita ambil peta, kita buka di bagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika.  Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, yaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga Bermuda.  Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang akan hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tak melihat air dan dari gejalan ini disimpulkan, di dasar laut sana tentu terdapat sebuah medan magnetik yang kuat sekali, yang sanggup mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut yang dalam.  Tak cukup bila saya menguraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tak menjurus pada masalah penyelesaian. Tetapi mengenai peristiwa bentuk gaib di Segitiga bermuda ini dapat dikemukakan dan mungkin teori-teori yang banyak mengenai Segitiga Bermuda. Mungkin di udara terdapat semacam gangguan atmosfir yang berupa “lubang di langit”. Ke lubang itulah pesawat terbang masuk tanpa sanggup untuk keluar lagi. Dari misteri "Lubang di Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia dengan dimensi lain. Lubang di Langit itu dianggap semacam alat transportasi seperti tampak di film Star Trek. Ataukah bentuk Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO. Lantas, apakah hilangnya mereka itu karena diculik oleh UFO? Malah hasilnya hanya mendapat pertanyaan tanpa jawaban.  Ada tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah Lautan”. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Ada beberapa peristiwa kecelakaan di sana. Tidak banyak yang belum diketahui tentang Segitiga Bermuda, sehingga orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya saja misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Agustus 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban itu? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan disitu atau angin topan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada orang yang tahu.  Konon di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah jaman es berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya hisap. banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang terhisap ke dalam blue hole itu tanpa daya, dan anehnya kapal-kapal kecil yang terhisap itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini sanggup menelan kapal raksasa ke dasar lautan?  Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai jaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam. Didasar lautnya terdapat pegunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.  Keanehan lain di dekat pulau Puerto Rico, tampak suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan atau kembang kol. Laut di tempat itu mempunyai kedalaman sampai 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh awak pesawat Boeing 707 pada tanggal 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garis tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuhnya. Mungkin itu hanya percobaan nuklir dari negara Amerika atau lainnya? Tapi pihak Amerika tidak membenarkannnya, sebab tak mungkin mencoba bom di jalur penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklir Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal selam itu ribuan km dari sana.  Ada sebuah tempat di perairan Boca Raton, yang di sana terdapat sebuah pipa bergaris tengah 20 cm. Jelas bukan milik Amerika (untuk lebih lanjut: Orang Bumi). Peristiwa ini dilihat oleh suami istri Lloyd Wingfields. Mereka melihat sebuah tiang asap disana, dan ketika didekati oleh mereka, tampak sebuah pipa yang muncul dari dasar laut yang merupakan sumber keluarnya asap itu. Asap itu sendiri tak mengeluarkan bau dan berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah pipa itu tertancap dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO di dasar lautkah yang menyebabkannya? Lagipula kedalaman laut itu cukup dalam, sehingga mereka tak berani menyelam untuk melihat lebih lanjut, juga mereka melihat (sesudahnya) sebuah helikopter yang mengalami kerusakan mesin dan berusaha mendarat darurat di laut.  Ulasan lain, di daerah Kutub Selatan ada sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain. Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tak membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai ilmuwan Bryd melaporkan peristiwa yang disaksikannya itu, tapi tak ada yang mempercayainya.




Thursday, 18 August 2011

Akibat ilmu kebal-Badan reput

Semasa menerima ilmu tersebut, tuk guru membekalkan beberapa petua dan pantang larang padanya iaitu tidak boleh mendekati kawasan peribadatan walau pn agama sekiranya dilanggar ilmu kebal menjadi tawar.... abdul kadir(bukan nama sebenar) adalh seorang home guard (ketua kampung) mengarahkan anak buahnya melakukan rondaan tidak jauh dari jalanraya malim nawar-kampar.
 Sebaik sehaja sampai melapasi jambatan kayu mereka di serang hendap segrombolan komunis dari segala arah yang menyebabkan 6 anak buahnya terbunuh namun dia tidak mengalami sebarang kecendraan.cerita beliou tidak lut dengan peluru tersebut tersebar luas juga sampai kepengatahuan musuh (komunis).
 Peristawa tersebut berlaku sekitar 60an dan masih dikenang oleh genarasi baru,malah beliou di anggap hero kampung kelahiran abdul kadir.
  Waktu mudanya dia telah merantau ke palembang untuk menuntut ilmu kebal dengan seorang tua yang handal yang di sebut "KANURAGAN" yang mana ilmu tersebut memuja alam semesta dan menyempang dari ajaran islam. 
 Setelah tamat perguruan abdul kadir telah dipesan apabila merasa tidak lama lagi untuk mati beliou mesti segara menghantar utusan kepada tok gurunya untuk mengeluarkan ilmu kanuranag dari dalam badannya agar dapat mati dengan sempurna di mana tok gurunya bertapa di bukit seguntang.
 Tapi malangnya beliou tidak menghiraukan pesanan tersebut kerana beranggapan beliou akan mati seperti orang lain juga.apabila umurnya memasuki keangkah 50 dia sering sakit tanpa sebab begitu jga bila dia diserang strok hingga lumpu dia dia belum yakin ajalnya hampir tiba mala berfikiran sakitnya akan sembuh bila berubat secara kampung.
 Apa bila penyakitnya bertambah teruk sehingga dia tidak dapat berkata akhirnya baru dia sedar saat kematiannya telah semakin hampir dan dia mesti menghantar utusan pada tok gurunya di palembang. namun untuk berkata pada orang lain untuk memberitahu perkara tersebut pn tidak mampu kerana lidah telah menjadi kelu dan apa yang mampu di lakukan hanya menitiskan air mata kerana kekesalan.
 Setelah lama terlantar dia menjadi buta,keadaan beliou bertambah berat terlantar di pembaringan seperti mayat namun masih bernafas.nyawanya sukar berpisah dari badan.
 Seorang ustaz telah dipanggil untuk melakukan sembayang hajat dan zikir namun keadaannya tidak berubah, ustaz tersebut mendakwa abdul kadirtelah menyenpang jauh dari ajaran islam dan ilmu yang merasap kedalam badannya bukan dari aliran islam.



  Tubuh abdul kadir mula reput,membengkak dan pecah tapi bila di suap nasi semua habis di telan.seorang dari ahli keluarga kepada kakak abdulkadir mengesorkn kakaknya aisah(bukan nama sebenar) supaya mencari seorang tokoh sami secara sembunyi2 kerana ahli keluarga yang lain menantang permintaan trsebut. Akhirnya abdul kadir mati setelah menderita lebih dari 3 tahun dan pada waktu itu beliou berusia 55th. setelah di kafankan mayatnya kelihatan kecil seperti mayat kanak2 berusia 2 tahun padahal semasa hayatnya abdulkadir seorang yang besar dan tinggi.. semoga kisah yang di paparkan menjadi peringatan dan panduan kepada kita semua dan segala sesuatu itu berasal dari Allah bukan dari yang lain.,.

Panggilan jihad menggamit kehadiran mujahidin seluruh dunia....

Sunday, 7 August 2011

Asal usul kampung sinisian...............

BERITA KUNDASANG:WAR MEMORIAL..

Kundasang memang terkenal di seluruh dunia kerana kundasang menyadiakan banyak tempat yang menarik untuk di lawati mala warisan sejarah yang terdapat di kundasang menyebabkannya menjadi persinggahan wajib setiap tahun bagi bekas atau keluarga pejuang dari australia,newzealand,England dan negara sekutu yang lain semasa perang dunia ke-2..












Bagi memperingati askar yang telah terkorban semasa perang dunia ke-2 ahli keluarga,sahabat dan bekas askar yang terselamat selepas parang ketika itu telah mengumpulkan dana untuk membena sebuah tugu peringatan dan tugu tersebut diberi nama WAR MEMORIAL atau lebih dikenali sebagai Rumah Batu dikalangan orang kampung.

PENGENALAN KG.SINISIAN.....

Saturday, 6 August 2011

MARSHA AF ARTIS SABAH YANG MAMPU BERTAHAN LAMA

Jelita dan seksi itulah esat utama artis kelahiran sabah iaitu Marsha milan londoh yang lahir d AS kerana ketika itu kedua orang tuanya menuntut disana namun kembali ke kampung halamannya iaitu di Tampaluri seterusnya menbesar disana. pandai bermain gitar dan piano memasang impian untuk melanjutlan pembelajarannya di luar negara namun ditangguhkan semantara waktu kerana kepadatan dengan jadual dalam hiburan tanah air. Walaupun marsha hanya menduduki tempat ke 4 pada peringkat akhir Akedemi fantasia musim ke3 yang mana pemenang pertama adalah mawi ke2 Filix ke3 ameylia namun nama marsha masih bertahan sehingga ke saat... selamat maju jaya kepada Marsha............