Wednesday 19 February 2014

Khasiat sayur Kubis

  Kubis bukan sahaja sedap di makan sebagai lauk sama ada digoreng atau direbus tapi apa yang penting khasiat yang  terkandung didalamnya.Kubis  dalam bahasa inglish Cabbage ataupun nama saintifiknya  Brassica oleracea mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus
  Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak.Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan.
  Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.


  Kubis baik untuk mengubati penyakit kulit..? Caranya kisar daun kubis kemudian lumurkan atau tempelkan kisaran daun kubis di tempat tersebut bagi perubatan dalaman dengan memakan kubis sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam ianya dapat mengubat ataupun mengurangkan risiko di hinggapi penyakit Kanser, penyembuhan bisul,meningkatkan sistem pencernaan dan amat baik bagi ibu yang mengandung kerana kolori yang terdapat pada kubis amat rendah serta Nutrisi tinggi yang amat diperlukan dalam tubuh.

Kerdit to:ms.wikipedia